Wednesday, 23 September 2020

Resepi Lidah Lembu Masak Kicap

Assalamualaikum sahabat semua.

Kalau sembang bab lembu semua bahagian yang ada kat lembu aku makan jek seperti hati,paru,jantung,perut,usus,kitab....cuma kat bahagian lembu ada benda yang sedap dimakan tapi tak ramai yang nak makan seperti lidah,otak,tapak kasut dan sehinggalah bahagian yang eksotik seperti telur lembu jantan dan urat k*t* lembu atau ada panggil torpedo..haha...dan ada lagi satu bahagian yang paling susah dapat tapi sedap adalah bena susu atau t*t*k lembu betina...kalau ekor lembu tu ramai la yang berebut

Korban dan akikah baru-baru ni semua pakat tak mau ambik bahagian ni semua...semua nak bagi kat aku pasal aku makan...huhu...masalahnya aku sorang jek makan...tambah dengan malas nak kisah dengan kerja-kerja yang nak kena buat...tapi lepas Pak Tam suruh tanam tapak kasut aku pun ambik la pasal sayang tanam benda sedap...dah ambik sekali lidah kena ambik jugak...last-last yang lain semua pakat bagi kat orang jela dah takde sapa nak ambik...







Jadi lidah ni aku masak kicap sahaja.Resepi ada kat bawah

1-Lidah lembu kena rebus dulu bagi lembut.Rebus agak-agak sahaja janganlah sampai masak pulak.
2-Kikis semua bahagian yang kesat kat lidanh tu.Biar tinggal isi sahaja.
3-Masukkan minyak, masukkan 3 ulas bawang putih, masukkan 3 tangkai cabai hijau dan tumis.
4-Masukkan lidah dan goreng sampai masak
5-Masukkan kicap kipas udang dengan sos tiram adabi dan kacau sebati.
6-Hiris bawang besar tebal-tebal dan masukkan dalam kuali.Masak sampai semua berpalit elok.
7-Last sekali tutup api dan masukkan daun bawang yang hiris panjang-panjang.

Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas.

Wassalam.

Trip Memancing di Rumah Tepi Laut Pulau Aman

 Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ni aku nak share tentang pengalaman aku bersama dengan kawan-kawan sekerja ke Pulau Aman pada 5 September 2020 yang lepas.Kami telah pun menyewa sebuah asrama di rumah tepi laut untuk bermalam di sana.Aktiviti di sini hanyalah memancing jela.











Aku bertolak dari rumah pada pukul 11 pagi.Singgah makan nasi kandar dulu kat port biasa aku makan.Orang Penang mana boleh bagitau kami makan nasi kandar kat mana.Biarlah orang luar pi beratoq kat kedai nasi kandar yang femes-femes tu.Kami tak pi makan kat situ pasal ada tempat lain yang tak perlu beratoq panjang tapi rasa lebih padu dari yang femes tu.Haha.Selepas makan terus ke jeti Batu Musang untuk ambil bot ke Pulau Aman.Boleh saja parking kereta kat jeti dengan bayaran RM5 bagi kat orang kampung tolong jaga kereta sewaktu kita bermalam di Pulau Aman.

Dah tu bolehlah terus naik bot kat jeti.Naik je dulu tak perlu bayar apa-apa pasal dah sampai nanti barulah bayar kat Pulau.Harga RM7 untuk pergi dan balik.Masa naik bot kena angkut jugak la semua barang mancing yang ada sekali dengan tong ikan dan umpan.Dah sampai Pulau Aman jangan lupa makan dulu mee udang kat sini.Harga dalam RM10 sepinggan.Nasi goreng udang, mee udang, koteaw goreng udang semuanya RM10 saja.Kalau beli seafood dan suruh depa masak barulah harga lain.Kat sini boleh ja beli udang,ketam,lala,kepah dan macam-macam lagi seafood untuk suruh restoren masak.Kalau nak makan macam ni bawak RM500 baru sedap nak makan.Haha..Tapi dah kami pi nak mancing jadi makan ala kadar sudah ler.

Lepas makan mee udang, terus kami ke rumah penginapan di tengah laut untuk menginap.Ada satu jambatan yang menghubungkan Pulau Aman dengan rumah ni.Kalau dari jeti rumah ni sebelah kiri.Boleh nampak jelas rumah ni pasal ada sebijik ni sahaja.Kami ambil asrama sebagai tempat untuk tidur kat sini.Ada la 12 katil dengan harga RM240 semalamam.Jimat banyak kan.Selain dorm ada lagi bilik katil queen, katil king dan sebagainya.

Sampai sahaja terus check in dan mandi.Pastu apa lagi kami pun mula la labuhkan pancing masing-masing.Kat sini ada macam-macam ikan.Kalau siakap,kerapu,jenahak dan ikan merah ini datang daripada ikan bela yang terlepas dari sangkar yang memang banyak di kawasan laut Pulau Aman ni.Kalau ikan duri,gelama,ketuka,belukang, dan semilang ini memang spesis ikan yang memang menghuni perairan Pulau Aman ni.

Dipendekkan cerita pada malam tu, aku berjaya naikkan 2 ekor ikan semilang.1 ekor sekilo lebih dan sekor lagi dalam 700 gram.Ikan baji yang berat 1kg lebih tak berjaya didaratkan kerana terlucut sewaktu nak tarik naik.Memancing kat sini seeloknya bawak siap-siap kancu atau sauk pasal nak tarik ikan naik dari laut ke tempat mancing agak tinggi juga.Masa tarik ni la ikan baji mengelupor dan mata kail terlucut dari mulut.

Apa pun pengalaman memancing di sini amatlah best dan menarik dengan modal yang agak rendah.Teknik memancing hanya guna bottom dengan umpan udang hidup, umpun-umpun dan isi ikan temenu.

Wassalam.


Sunday, 26 July 2020

Cara Berurusan Dengan Pejabat Pendaftaran Semasa PKP Covid 19 2020

Assalamualaikum sahabat semua.

Pada kali ini aku nak share macam mana nak daftar kelahiran anak sewaktu PKP masih berjalan akibat masalah Covid 19 pada tahun 2020 ni yang masih belum reda dengan pertambahan kes-kes di dalam negara.Jika dahulu kita hanya boleh walk in sahaja ke Pejabat Pendaftaran Negara, tetapi sekarang ni perlu dibuat appointment atau temujanji sebelum kita dapat berurusan di pejabat JPN.Sebelum ni juga kita wajib melaporkan kelahiran anak kepada JPN dalam masa 14 hari, tapi kerana kes Covid 19 ni kerajaan telah memberi kelonggaran kita mendapatkan sijil kelahiran anak kita dan berurusan dengan pejabat JPN sehingga kepada 60 hari.

Antara perkara yang perlu kita buat selepas kelahiran anak adalah seperti berikut mengikut Islam.

1-Mengazankan anak tak kisahlah lelaki atau perempuan disebelah telinga kanan dan iqamah di sebelah telinga kiri.

2-Mengtahnik anak dengan melarutkan buah kurma di dalam mulut bapa dan disapu pada lelangit anak.Boleh juga ditahnik kali kedua dengan orang-orang yang soleh.

3-Menamakan anak sewaktu hari ke 7.Walaupun nama dipilih dengan lebih awal tetapi rahsiakan dulu nama tersebut sehinggalah pada hari ke 7 supaya mendapat pahala sunat.

4-Mencukur rambut pada hari ke 7.Boleh sahaja bapa cukur sendiri anak macam anak aku dengan guna mesin pencukur.

5-Melakukan akikah kepada anak.2 ekor kambing untuk anak laki atau 1 ekor kambing untuk anak perempuan.Boleh juga kita melakukan akikah dengan 1 bahagian dari 7 bahagian lembu.Afdhal hari ke 7 tapi kalau tak sempat boleh saja buat bila-bila masa.

6-Bersunat untuk anak laki dan anak perempuan.

7-Sujud syukur.

CARA SUJUD SYUKUR


Rukun sujud syukur adalah seperti berikut:
1. Niat
2. Takbiratul Ihram
3. Sujud (sekali sahaja)
4. Bangun daripada sujud (duduk) dan memberi salam

NIAT SUJUD SYUKUR

cara sujud syukur
Maksudnya: Sahaja aku Sujud Syukur kerana Allah Taala

DOA SUJUD SYUKUR


Tiada bacaan khusus yang diperlukan ketika sujud, namun kita digalakkan membaca ayat ini:
cara sujud syukur dan sujud tilawah
Maksudnya: Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta.

Ok.Sekarang aku cerita macam mana nak daftar kelahiran di Pejabat Pendaftaran Negara pulak.

1-Korang buka laman web JPN.Ni laman web dia https://www.jpn.gov.my/

2-Korang klik kat link permohonan janji temu macam kat bawah ni.


3-Korang baca apa yang dia tulis pastu klik kotak saya telah membaca dan bersetuju dengan terma syarat yang dinyatakan tu kemudian klik seterusnya.


4-Kemudian korang pilih negeri mana korang nak daftar,kemudian pejabat JPN mana korang nak pergi daftar,kemudian klik perkhidmatan untuk kelahiran.Sebenarnya kalau nak buat urusan lain macam kad pengenalan,kematian,anak angkat,perkahwinan,perceraian dan warganegara juga kena buat temujanji online ni.

5-Kemudian korang kena pilih tarikh apa yang korang free untuk ke pejabat JPN dan masa.Kat sini korang kena pilih slot yang belum diambil oleh orang lain.Kalau tarikh tu dah penuh korang kena ubah ke tarikh yang lain.Korang carilah tarikh dan slot masa yang masih kosong untuk korang klik.

6-Dah klik korang kena screenshot atau print surat temujanji yang laman web ni bagi.Kena bawak surat tu sebagai pengesahan untuk korang pergi ke JPN pada tarikh dan masa yang korang dah setuju.

Ok.Bila sampai sahaja tarikh,masa,tempat pejabat JPN yang korang dan set untuk temujanji korang kena bawak semua dokumen ni untuk pendaftaran

1-Borang permohonan kelahiran JPN.LM01.Borang ni nurse akan bagi masa discharge ibu dan anak.Borang ni penting jangan hilangkan pasal ada sign jururawat yang sambut kelahiran.Kalau hilang kena report polis dan kena ambik sign jururawat tu jugak untuk sahkan.Tak boleh ambil sign jururawat lain.Banyak bahagian nurse dah tolong isi.Korang hanya isi bahagian nama anak,maklumat ibu,maklumat bapa dan pengesahan bapa sahaja.

2-Kena photostat buku ibu warna merah tu atau nama dia buku antenatal.Kena photostat muka depan,muka perihal kandungan lalu kat muka surat sebelah muka depan dan perihal kelahiran pada muka surat 45.

3-Kena photostat IC ibu dan bapa.

4-Kena photostat sijil nikah.

5-Kena photostat IC pemaklum jika bukan ibu atau bapa yang pi ke pejabat JPN.

Segala dokumen asal jugak kena bawa bersama yang photostat ni.Jadi dah selesai dan lengkap semua dokumen korang pergi ke pejabat JPN pada tarikh,masa seperti dalam temujanji.Tunjukkan bukti temujanji dan guard akan bagi no giliran.Kemudian tunggu jela no giliran tiba untuk daftar kelahiran.

Wassalam.

Tuesday, 7 July 2020

Panduan membeli pisau untuk sambut Hari Raya Korban

Assalamualaikum sahabat semua

Tahun ni sambut Hari Raya Aidiladha berbeza sedikit....selalunya masa hari raya aku akan tolong lapah,pisahkan daging dengan tulang atau kerat daging di masjid Taman mutiara kulim, masjid kampung mengkuang atau di surau Taman Penaga....semua kerja-kerja tu aku buat dengan pisau seramik yang aku beli kat Langkawi...memang best pisau seramik ni...tajam dan tak payah asah...bila orang kampung tengok Aku buat kerja depa kata Aku pakai pisau plastik ka...haha...dah warna dia putih...tapi sayang pisau tu sekarang ni dah tumpul...boleh jadi pisau dapur jela...huhu...antara pantang pisau seramik kita tak boleh potong atas papan potong plastik...nanti dia tumpul...dia kena guna papan potong kayu jek...pisau seramik yang terlalu tumpul boleh buang sahaja dan beli baru...kos nak asah lagi mahal dari beli baru...dia bukan boleh asah pakai Batu asah..lagi satu pisau seramik ni rapuh...senang2 jek dia boleh patah kalau guna ketuk tulang.

Tahun ni Aku masuk pakat dengan keluarga belah bini share duit beli sekor lembu untuk buat korban...kumpul nama cukuplah 7 org...mulanya aku cadang nak buat korban...tapi dah pasal anak ketiga due sebelum hari Raya jadi mungkin jadi akikah sahaja....lembu kena sembelih dan lapah kat tempat sembelih...bawak balik tongkol kaki jek ke rumah untuk pisahkan daging dengan tulang...jadi nak buat kerja2 ni semua kena la ada pisau baru pasal pisau seramik dah tumpul...
Kadang-kadang bagi org lelaki ni bila time nak Raya korban ja baru la mula cari pisau kat pasar malam atau kedai...banyaknya akan beli pisau Columbia yang masa pegang memang tajam tapi lepas guna kejap saja dah tumpul....pastu pinjam honing rod kawan asah tak jugak tajam-tajam...pastu mula menyesal pasal beli tak lah murah boleh potong sat saja...ada jugak yang beli pisau utk selit Kat pinggang saja...tapi tak guna pun..saja beli buat tayang kat member2...haha....kalau kat tempat korban ni macam2 perangai la boleh tengok....
Kat sini untuk panduan member2 bersedia utk Raya korban Aku share ilmu pasal pisau ni...
Bagi org laki kena ada 4 pisau ni dan 1 batang pengasah.


1-pisau sembelih atau slaughter butcher knife-panjang ditentukan binatang apa kita nak sembelih.6 inci untuk ayam,itik,arnab...8 inci untuk kambing dan 10-12 inci untuk lembu...
2-pisau lapah atau skinning knife....ni guna untuk lapah kulit binatang...tak kisah la arnab,kambing atau lembu..panjang tak kisah sangat pasal kita nak guna hujung jek...
3-pisau buka daging dari tulang atau boning knife...pisau ni khas Kita guna untuk pisahkan daging dari rangka binatang sembelih...panjang kena sesuai dengan binatang tapi pisau ni jugak Sama...nak guna kat hujung jek...jadi tak perlu panjang2...
4-pisau potong daging atau slicing knife...boleh jugak guna chef knife untuk potong...atau guna chinese chef knife mcm yg aku beli...yg ni special guna untuk kerja memotong...selalunya sedap pakai 8 inci..
5-honing rod untuk betulkan balik mata pisau....bila Kita potong daging tak lama lepas tu mesti rasa pisau tu mcm tumpul...jadi Kita guna honing rod untuk betulkan Mata pisau supaya tajam balik...honing rod bukan guna utk asah pisau...kalau pisau tumpul teruk Kita guna honing rod takkan tajam pisau tu...
Ada org beli pisau Columbia semua kerja guna 1 pisau jek...yg tu la lapah...yg tula pisahkan daging...dan yang tula hiris daging...akhirnya lingkup pisau tu...ni crita pengalaman Aku la yg dulu guna pisau Columbia sebelum guna pisau seramik....tak masuk cerita pisau Columbia yang lawa tu patah masa nak buka sendi kaki lembu...

Brand apa nak pilih?antara brand yang memang mantap kat bawah ni
1-F herder
2-Giesser
3-Victorinox
4-Pirge
Paling murah tapi berkualiti jenama Pirge buatan turki...f herder,giesser buatan jerman dan victorinox buatan swiss.Kalau pakai pisau ni insya Allah dengan penggunaan dan ilmu asah pisau yang betul boleh bikin harta pusaka turun temurun...kalau tak reti asah boleh jek upah tukang asah...
Lagi satu tak perlu Beli semua jenis pisau...pilih saja kerja apa yang Kita suka...kalau suka sembelih beli pisau sembelih...suka lapah beli pisau lapah...suka buka daging beli pisau boning....suka tunggu nak hiris daging timbang Beli pisau slicing atau chef knife...jadi jimat la sikit duit tu...
P/S: masih menunggu pisau dihantar posmen...

Thursday, 7 May 2020

Kelebihan pelaburan logam Perak sebagai emas masa hadapan

Assalamualaikum sahabat semua.

Pada kali ni aku nak share pasal satu pelaburan yang orang Melayu pandang sebelah mata sahaja iaitu pelaburan membeli logam Perak.Orang Melayu lebih suka atau lebih terpikat dengan emas berbanding Perak kerana beranggapan Perak ini hanya untuk hiasan dalam bentuk pinggan mangkuk atau perkakas rumah sahaja.Kalau tak pun dijadikan barang cenderahati yang disimpan di dalam almari kaca.Kalau sebagai barang kemas pun hanya dibuat sebagai cincin orang lelaki pasal orang lelaki tak boleh pakai cincin emas.Jadinya, segala barang kemas hanya dimonopoli oleh emas berbanding Perak.Jadi kalau emas lebih popular atau lebih bernilai daripada Perak kenapa kita perlu simpan Perak?Ya...satu soalan yang bagus.

1-Logam Perak terlalu murah berbanding emas.

Sebagai orang Islam kita semua tahu jika kita menyimpan emas sebanyak 85 gram dan Perak sebanyak 595 gram kita wajib dikenakan zakat jika cukup haul dan nisab.Maksudnya sapa yang ada emas 85 gram atau Perak sebanyak 595 gram dia dikira sebagai orang kaya pada zaman Nabi Muhammad SAW yang lampau.Kalau kita ambil nisbah emas : Perak iaitu 85 gram : 595 gram kita kecilkan nilainya ia akan jadi 1:7 bagi nisbah emas:perak.Jadi secara kesimpulannya pada zaman Nabi Muhammad SAW dahulu nilai 1 gram emas bersamaan dengan 7 gram Perak.Atau dengan lebih tepat 1 dinar bersamaan 10 dirham.Tapi pada zaman sekarang nilainya adalah 1:100.Atau kita boleh beli 100 gram perak dengan harga 1 gram emas.Maksudnya Perak pada zaman kita ini terlalu murah berbanding Perak pada zaman Nabi Muhammad SAW dahulu.Jadi pada zaman kita seluruh manusia memandang Perak kurang bernilai berbanding emas.Sebab tu harga Perak terlalu murah berbanding zaman dahulu.

2-Berapakah nisbah emas:perak yang ada di dalam dunia sekarang ini.

Ok.Menurut sumber yang boleh dipercayai iaitu data dari lombong emas dan perak sejak tahun 1900 kat dunia ni ada 5.5 billion oz emas dan 48.5 billion oz Perak yang wujud kat dunia ni.Jumlah ni adalah jumlah yang telah menolak teori konspirasi emas Yamashita,emas Nazi atau emas kapal karam dilautan.Maksudnya data ni adalah data dari berapa banyak yang telah dilombong dari seluruh dunia.Maksudnya kalau kita ambil nisbah emas:Perak yang ada kat dunia sekarang ni iaitu 5.5:48.5 kita kecilkan ia akan jadi nisbah emas:Perak bersamaan 1:9 jika dibundarkan.Jadi masih tak lari jauh dari arahan Allah SWT yang telah menisbahkan 1:7 untuk emas dan perak yang wajib dikenakan zakat.Jadi,ini bukti kedua Perak terlalu murah berbanding emas.

3-kenapa emas semakin lama semakin mahal sedangkan Perak harga jatuh atau sama sahaja.

Antara sebab kenapa emas semakin mahal kerana permintaan melebihi penawaran atau dalam bahasa inggeris demand over supply.Semua orang satu dunia bila ada duit sahaja pakat beli emas sedangkan emas yang ada kat dunia ni sedikit untuk semua orang.Kira emas ni logam rare.Tapi jumlah emas yang telah dilombong dari perut bumi 90 peratus masih lagi wujud di serata dunia dalam bentuk jongkong, syiling atau barang kemas.Maksudnya emas yang telah dilombong tidak hilang,hancur atau binasa.Masih selamat berada di dalam peti besi dan simpanan individu masing-masing kat dunia ni.

Antara sebab kenapa Perak murah atau harga tak naik-naik adalah kerana supply over demand.Maksudnya Perak tu ada banyak melebihi permintaaan.Semua manusia kerja beli emas dan kurang beli Perak jadi Perak dianggap tidak bernilai di mata manusia.Namun,Perak sangat bernilai di mata industri.

a-Perak sangat diperlukan untuk industri pembuatan cermin untuk sel solar menjana tenaga elektrik.Tenaga solar masih baru sekarang tapi ia adalah tenaga pada masa hadapan.

b-Perak digunakan dalam bidang perubatan iaitu ia digunakan sebagai coating alat-alat medic kerana Perak mempunyai antibiotik secara semula jadi.Kondom yang mempunyai unsur-unsur Perak jugak akan dikeluarkan tak lama lagi untuk menjaga kondom dari bakteria sebelum digunakan.

c-Perak adalah pengalir elektrik yang kedua terbaik selepas emas.Jadi Perak sangat diperlukan oleh industri electronic sebagai coating untuk mempercepatkan kelajuan eletrik mengalir.Kita sekarang ni ke arah 5g dan Perak sangat diperlukan dalam semua barang termasuklah telefon bimbit supaya boleh beroperasi dengan baik apabila 5g digunakan nanti.

d-Selain itu banyak lagi la kegunaan Perak ni seperti dalam bidang brazing alloy,chemical equipment, catalyst, photography dan nano particle.

Oleh kerana Perak ni digunakan dalam industri jadi Perak ni makin lama makin habis,binasa dan musnah.Perak yang telah digunakan oleh industri akhirnya akan berakhir di tapak perlupusan sampah sahaja.Yela.telefon bimbit kita yang dah rosak akhirnya kita buang sahaja sedangkan dalam tu ada perak.Jadi kos untuk mengitar semula sisa-sisa elektronik ni dari tempat perlupusan sampah adalah sangat mahal.Daripada kitar semula baik order sahaja jongkong Perak pasal harga murah kan.

4-Kalau Perak sangat bernilai dimata industri tapi tak bernilai di mata manusia kenapa harga masih murah.

Ok.menurut dari apa yang aku baca Perak ni ada 3 negara yang buat stok iaitu USA,India dan Mexico.Kalau hampa tengok pada tahun 2011 kenapa Perak Dan emas mencanak naik harga adalah disebabkan China tengah menukar duit depa kepada emas dan Perak sebagai persediaan menjadi negara no 1 dunia.China faham kalau dia nak majukan industri kat China dia perlukan emas sebagai penyimpan nilai rizab negara Dan Perak sebagai kegunaan industri dia pada masa hadapan.Kan sekarang ni dia tengah nak buat 5g dan buat panel solar sebagai penjana tenaga.Jadi memang dia amat perlukan stok Perak.

Jadi sekarang ni,dunia industri menggunakan Perak yang akan disupply oleh USA,India dan Mexico.Depa supply dengan keluarkan Perak dari dari peti besi depa.Bukan dari hasil lombong.Lombong Perak yang ada kat dunia sekarang ni tengah hold dulu lombong Perak pasal harga Perak terlalu murah.Tak baloi nak lombong dan jual dengan harga murah.Depa tunggu harga mahal baru start lombong balik.

Jadi secara kesimpulannya,Perak amat diperlukan industri,akan binasa,musnah dan berakhir di tapak perlupusan sampah,stok Perak dalam simpanan USA,India dan Mexico makin berkurang,lombong stop keluarkan Perak pada masa sekarang pasal harga terlalu rendah dan yang paling penting jumlah Perak yang ada kat bumi ni makin lama makin kurang.

Jadi setelah panjang lebar aku cerita kat hampa kes pukul 3 pagi aku tak boleh tidur pasal minum kopi Aku nak pesan kat hampa sementara Perak dok murah ni beli la berapa kilo Yang hampa mampu.Duit kwsp yang dapat rm500 pasal PKP ni kalau takde hal mendesak guna jek beli jongkong Perak 250gram kat public gold.Aku syorkan beli kat public gold pasal public gold adalah satu-satunya company kat Malaysia yang hampa boleh jual atau pajak perak kat Malaysia ni.Kedai ar rahnu atau kedai pajak Cina takde yang nak terima Perak.Yela depa tak terima la pasal benda murah dan takde nilai kan.

Nanti bila semua orang dok cari-cari Perak untuk industri,kerajaan nak beli perak untuk dijadikan rizab negara time tu segala mak nenek cincin Perak pun depa mau ambik pasal demand over supply.Sebab tulah Perak ni dikatakan emas masa hadapan pasal ia bahan utama industri tak macam emas yang hanya dibuat perhiasan.

Lagi satu aku nak pesan pelaburan emas dan Perak bukanlah pelaburan jangka masa pendek.Jadi hanya simpan emas dan Perak untuk hari tua atau sebagai harta peninggalan untuk anak,isteri dan cucu.Dan jangan lupa bayar zakat walaupun Perak 1kg sekarang ni baru harga RM2.5k sahaja.Hampa orang yang paling sesuai beli Perak kalau hari ni beli,simpan pastu lupakan.Tunggu harga dia jadi macam tahun 2011 baru ambik dan jual.

Ada orang kaya pesan yang orang yang nak melangkah jadi orang kaya ni dia buat benda berbeza dari orang kebanyakkan yang lain.Maksudnya semua orang dok beli emas dia pi dok beli perak yang ntah pape kan.Tapi nanti bila Perak lebih bernilai dari emas korang akan saksikan betapa ruginya tak beli Perak sekarang ni yang harganya terlalu murah.

Wassalam