Assalamualaikum sahabat semua,
Saya pernah beberapa kali bertemu dengan kata-kata dari Robert Kiyosaki yang betul-betul menegaskan kepada kita bahawa tindakan menyimpan duit di dalam bank adalah satu tindakan yang bodoh.Saya sendiri pada masa itu tidak faham kenapa Robert berpendapat sedemikian.Dari apa yang saya tahu memang duit yang digelar mata wang fiat ini adalah tidak bernilai kerana tidak disandarkan kepada emas.Hanya emas yang mempunyai nilai dan akan kekal bernilai sehingga ke hari kiamat.Contohnya, jika pada zaman Nabi Muhammad SAW harga seekor kambing adalah satu dirham.Jika kita buka laman web Public Gold ketika ini dan boleh dikatakan harga 1 dirham adalah RM559 iaitu juga sama harga bagi seekor kambing di Malaysia.Aneh kan.Tapi sebenarnya itulah nilai 1 dinar yang tidak pernah berubah sejak dari zaman Nabi Muhammad SAW sehinggalah sekarang.Lagi 20 tahun mungkin harga 1 dinar adalah RM2000 dan pada masa itu harga seekor kambing juga RM2000.Jadi sebenarnya bukan harga kambing itu bertambah mahal tapi kejatuhan nilai RM itu sendiri berbanding emas.Ataupun dalam bahasa yang semua orang tahu tapi belum tentu faham adalah inflasi.
Saya juga mengetahui sejarah mata wang dicipta seperti yang telah saya terangkan dalam posting yang lepas.Tetapi baru-baru ini saya ada terjumpa satu video dari You Tube yang menerangkan secara terperinci tentang asal-usul duit dalam kehidupan kita.Dan setelah saya menonton video ini sehingga habis barulah saya bersetuju dengan Robert bahawa amalan menyimpan adalah satu tindakan yang bodoh.Sila layari link di bawah untuk menonton video ini dan mempunyai sarikata dalam bahasa Melayu.
https://www.youtube.com/watch?v=GIZ7YD8IjUM
Kenapa saya menulis tentang tajuk ini?
1-Orang Melayu disyorkan supaya menyimpan duit dalam ASB supaya mendapat dividen yang paling tinggi.Siap kempen buat loan ASB dari bank lagi.
2-Orang Melayu beranggapan duit simpanan mereka dalam KWSP adalah cukup untuk menyara kehidupan mereka sewaktu persaraan.
3-Orang Melayu disyorkan supaya membuat pelaburan saham,unit trust,multi level dan sebagainya iaitu pelaburan yang menggunakan duit aka mata wang fiat ini.
Berbeza dengan amalan kaum Cina
1-Kerja makan gaji dulu 4-5 tahun untuk mendapatkan pengalaman
2-Bila ada pengalaman buka perniagaan sendiri.
3-Buka akaun semasa sebagai bukti mereka mampu membayar kepada bank apabila membuat pinjaman.Trick menggunakan akaun semasa untuk memudahkan membuat pinjaman tidak akan saya share dalam blog ini.
4-Membuat pinjaman daripada bank semaksimum yang boleh.Kalau lulus 1 billion pun depa mau.
5-Guna duit pinjaman untuk membeli aset,membangunkan tanah,membina perumahan,lot-lot kedai dan sebagainya.
6-Membeli insurans nyawa supaya insurans dapat cover loan yang telah dibuat apabila mereka mati.
7-Apabila peminjam telah mati, insuran akan bayar hutang pinjaman, anak-anak atau sedara akan meneruskan legasi perniagaan dan memajukan lagi syarikat supaya boleh membuat loan yang lagi besar.
8-Proses ini akan berulang sehinggalah semua tanah yang ada di Malaysia ini menjadi milik mereka dan telah dibangunkan oleh mereka.
Jadi apa yang tinggal untuk anak cucu kaum Melayu.Fikir-fikirlah sendiri.Fikirkanlah perbezaan kita dengan kaum Cina
1-Kita beli kereta mewah untuk bergaya dan dipuji.Kaum Cina beli kereta mewah untuk mengelakkan cukai perniagaan dengan menggunakan nama company sebagai pemilik kereta.Ada kereta mewah juga memudahkan mereka untuk mendapatkan keyakinan bakal pelanggan untuk berurusniaga dengan mereka dan bank untuk memudahkan membuat pinjaman.
2.Kita membeli rumah mewah untuk menunjukkan status kita yang bergaji besar tetapi kaum Cina membeli rumah mewah sebagai pelaburan.Ada kalanya mereka mendapat sebiji rumah mewah apabila membangunkan 10 biji rumah mewah yang lain.
3-Kita lebih suka menyimpan dan berhutang untuk perkara yang menjadi liabiliti tetapi mereka lebih suka berhutang untuk membeli aset dan menjana pendapatan untuk mereka.
4-Kita berbangga dengan jawatan, pangkat,kedudukan,pingat,gelaran dan pujian tetapi mereka berbangga dengan berapa banyak aset yang mereka ada dan boleh diteruskan untuk keselesaan anak cucu mereka di bumi yang sebenarnya bukan hak mereka pada asalnya.
Benarlah sabda Nabi Muhammad SAW bahawa menuntutlah ilmu sehingga ke Negara China.Nabi telah berpesan kepada kita bahawa terdapat sifat pada kaum Cina yang perlu kita umat Melayu contohi untuk berjaya.Jangan salahkan kaum Cina yang membuatkan bangsa Melayu melukut di tepi gantang di tanah air sendiri tetapi marahlah pada diri sendiri yang tidak mahu berubah dan berasa diri sudah pandai dan tahu serba-serbi.
Saya sendiri juga masih belum berjaya dan masih terkial-kial untuk berjaya.Cuma apa yang saya harapkan kata-kata Hang Tuah akan tetap terus menjadi kenyataan sehinggalah ke hari kiamat iaitu
"Takkan Melayu Hilang Di Dunia"
myherb2u
ReplyDelete