Monday, 27 October 2014

Pengalaman Menjual Serai

Assalamualaikum sahabat semua,

Sebenarnya di rumah sewa saya ada la terdapat sedikit tanah dihadapan dan dibelakang rumah.Sebelum ini memang terbiar tanpa diusahakan dengan apa-apa tanaman. Tanaman yang saya tanam sebelum ini seperti petola,kacang panjang dan kacang kelisa juga telah mati diracun.Saya memerlukan sejenis tanaman yang tidak memerlukan saya untuk memberi tumpuan kepadanya.Jadi setelah membaca dan meneliti tanaman yang sesuai saya pun memilihlah untuk menanam serai sahaja.Memang serai yang saya tanam ini tidak pernah saya jirus air dan diberi baja.Bila musim kemarau kurus melidi ja batang serai ni tapi bila masuk musim hujan ia subur dan gemuk-gemuk batang dia.

Serai mempunyai sifat jika sudah sampai tempoh matang, kita kena ambil batangnya.Jika tak ambil ia akan mula layu sendiri dan anak serai yang naik akan kurus melidi.Serai yang saya tanam adalah serai paha ayam.Pada minggu lepas, saya ingin meracun rumput-rumput yang tumbuh melata di depan rumah dan untuk memudahkan saya meracun, saya perlu clearkan dulu rumpun-rumpun serai yang berjumlah 6 rumpun tu.Jadi terpikir la untuk saya pergi ke kedai borong Taman Mutiara dan bertanya mahu ke tak kalau saya nak tolak serai kat dia.Tauke kedai pun cakap la ok.Bila ditanya sekilo dia ambil berapa ringgit.Dia cakap RM2/kilo.Ok la tu daripada saya buang saja dan tak larat nak makan pun.

Saya pun balik la ke rumah dan ambil pisau untuk potong dulu daun yang menebal kat rumpun serai tu.Bila dah clear daun barulah senang nak ambil batang serai ni.Satu kesilapan saya bila nak ambil serai ialah saya tak pakai baju lengan panjang dan pakai sarung tangan.Lepas ambil tu mula lah gatal sana-sini dan luka abis kulit tangan dek penangan daun serai yang tajam tu.Setelah saya memilih batang-batang yang gemuk untuk dijual dan buang akar, saya pun masukkanlah ke dalam beg plastik.Lepas itu teruslah saya ke kedai untuk menjualnya.Timbang-timbang serai tu beratnya 2kilo lebih sahaja.Jadi dapatlah RM4.30 hari tu.Bolehlah untuk tanaman serai di depan rumah yang sebenarnya tidak dijaga dan terbiar pun.Hehe.Duit tu saya masukkan sahaja ke dalam akaun Tabung Haji anak saya.

Saya bercadang untuk menanam 10 rumpun serai lagi dibelakang rumah.Daripada dibiarkan kosong baik saya tanam dan biar saja serai tu membesar.Sebenarnya permintaan untuk serai amatlah tinggi di taman saya kerana terdapat banyak kedai tomyam di sini.Cuma harganya yang rendah mungkin membuatkan orang beranggapan tak berbaloi pun nak tanam dan jual serai ni.Tapi bagi saya, jika ia boleh mendatangkan income tanpa perlu banyak modal adalah lebih baik diusahakan sahaja.Tanam anak serai,biar tanpa perlu dijaga,ambil dan jual.




1 comment: