Wednesday, 8 October 2014

Muhasabah Diri

Assalamualaikum sahabat semua,

Pada kali ini, saya ingin mengajak sahabat semua bermuhasabah diri bersama saya tentang amalan kita di dunia dan bagaimana kehidupan kita di sana selepas kita dijemput Ilahi.

Dalam usia yang menginjak ke angka 29 tahun iaitu tahun lepas, saya telah membuat perancangan yang boleh dikatakan agak teliti untuk peningkatan hidup saya di dunia sejak dari saya masih di bangku sekolah lagi dan alhamdulillah Allah SWT telah pun memakbulkan semua yang saya minta.Antara list yang saya cukup-cukup minta kepada Allah SWT setiap kali saya solat adalah seperti 

1-Mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR (Allah makbulkan dengan 3A 1B)
2-Mendapat cinta pertama (Allah tak makbulkan.hehe)
3-Mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR (Allah makbulkan dengan 9A)
4-Teringin untuk belajar di sekolah berasrama penuh (Allah makbulkan)
5-Mahu belajar dalam jurusan mekanikal dan mendapat ijazah (Allah makbulkan)
6-Kerja dengan bidang yang dipelajari (Allah makbulkan)
7-Mahu ada isteri,anak,kereta,motorsikal kapcai,rumah dan tanah (semuanya Allah makbulkan)
8-Mahu ada superbike dan pergi umrah (masih belum makbul tapi sebenarnya tak susah pun untuk Allah makbulkan)

Pendek kata setiap apa yang saya mahu di dunia ini Allah telah pun tunaikannya untuk saya.Allah telah pun memberi setiap apa yang saya minta.Tapi jika saya check balik list dibawah betapa takutnya saya untuk meneruskan hidup.Rasa seperti tak lepas untuk saya bernyawa di dunia ini.

1-Bagaimana dengan setiap solat Subuh yang saya tinggalkan sejak dari saya baligh.Solat untuk waktu lain saya dapat tunaikan tetapi solat Subuh adalah solat yang paling berat bagi diri saya.Mampukah saya mengada semua solat yang telah saya tinggalkan.
2-Saya sendiri sudah tak ingat bila last saya khatam Al-Quran sedangkan saya tahu membacanya dengan tajwid yang betul.
3-Adakah Allah akan ampunkan segala dosa-dosa saya pada masa lalu.
4-Adakah mereka yang pernah saya sakiti hatinya dapat memaafkan dosa saya kepada mereka.
5-Saya sendiri tidak ingat bila last saya buat qiamullai dan bersolat sunat tasbih.
5-Saya sendiri juga tidak ingat bila last saya solat Tahajjud di malam hari dengan linangan air mata merayu keampunan dari Allah di atas segala dosa-dosa saya.

Sebenarnya pada tahun ini, saya mulakan langkah saya mendalami Islam dengan membaca terjemahan Al-Quran kerana saya terfikir kenapa selama ini saya tak pernah mahu memahami Al Quran.Bukan sahaja tidak mahu memahami, membaca pun saya tak buat.Kemudian saya mula melayari youtube dan mendengar ceramah-ceramah dari Ustaz Zakir Naik,Ahmad Deedat,Yusof Estes, dan yang seumpama dengan mereka untuk memahami dan meyakinkan saya bahawa Islam adalah cara hidup yang terbaik dan penyelesaian kepada setiap masalah saya.Bermula dari saat itu kehidupan saya mula berubah sedikit demi sedikit.Walaupun masih belum sempurna amalan saya kepada Allah SWT tapi sekurang-kurangnya saya tidak lagi hanyut seperti saya pada masa yang lepas.Saya sudah mula bersolat 5 waktu (terima kasih kepada isteri tercinta yang mengejutkan saya setiap Subuh),saya mula membaca Al Quran dan membuat amalan-amalan sunat yang lain.

Nasihat saya kepada sahabat semua yang masih hanyut dalam hal ehwal dunia dan masih lagi lena dibuai mimpi dunia kembalilah kepada fitrah kita.marilah kita sama-sama memahami Al Quran dengan membaca terjemahannya.Nescaya kita akan tersentak dari dunia dan mula berjaga-jaga dengan akhirat.Seperti yang saya tulis sebelum ini, saya tidak mengajak sahabat semua meninggalkan dunia tetapi saya mahu sahabat semua berjaya di dunia dan di akhirat.Jika kita boleh plan kehidupan kita di dunia kenapa kita tak boleh plan kehidupan kita di akhirat.Yang paling manis adalah bila kita menggunakan semua harta yang diberi Allah kepada kita sebagai bekalan hidup kita di akhirat.

Sebenarnya asal kejadian manusia adalah diciptakan untuk berada di syurga iaitu sebuah tempat yang suci dari dosa.Tetapi Nabi Adam dan Hawa dicampakkan ke dunia kerana mereka telah melakukan dosa kepada Allah dengan melanggar larangannya.Apabila Nabi Adam dan Hawa telah beranak pinak sehingga memenuhi setiap pelusuk dunia Allah telah berjanji untuk kembali menempatkan kita di syurga tetapi nikmat yang kita terima adalah bergantung kepada amalan kita.Jika sedikit amalan kebajikan kita maka sikitlah nikmat di akhirat, jika banyak amalan kebajikan kita maka banyaklah nikmat kita di sana.Jika kita menyekutukannya, kita termasuk ke dalam golongan syaitan dan akan di azab di neraka.Jika kita beriman nikmat syurga yang kita terima bergantung kepada amalan kita.Jika kita berlumba-lumba untuk menjadi seorang yang kaya di dunia kenapa kita tak boleh berlumba-lumba untuk menjadi seorang yang kaya di akhirat.

"ingatlah, anda pasti akan menyesal jika hanya kaya di dunia dan miskin di akhirat"

"miskin di dunia dan miskin di akhirat = malang"

"miskin di dunia tapi kaya di akhirat = bertuah"
"kaya di dunia tapi miskin di akhirat = bodoh"
"kaya di dunia dan kaya di akhirat = cemerlang"


Wassalam.

No comments:

Post a Comment