Thursday, 30 October 2014

Nak Kenal Skim Cepat Kaya

Assalamualaikum sahabat semua,

Nampaknya masih ramai lagi Melayu yang terjebak dengan skim cepat kaya walaupun pelbagai dedahan tentangnya di tv, akbar dan internet.Apa cukup bebal sangat ka orang Melayu sampai tidak boleh membezakan yang mana satu skim cepat kaya dan yang mana satu pelaburan yang sah.Sekarang ini skim cepat kaya juga sudah pandai menyorok di bawah label perniagaan multi level.Atau pun mungkin yang terjebak adalah Melayu yang tidak tahu menggunakan internet, yang duduk di kampung dan yang telah berusia.Tetapi dari pemerhatian saya, ada juga yang lulusan professional pun terjebak juga.Jadi bolehlah disimpulkan bahawa sifat orang Melayu sendiri yang mahu kaya dengan cepat dan mahu mendapatkan duit tanpa perlu usaha adalah dorongan yang tertinggi untuk terjebak dengannya.

Sebagai panduan, ingin saya tegaskan di blog ini cara-cara untuk mengenali skim cepat kaya dan terus berkata tidak kepadanya jika terjumpa walau dengan apa cara, kaedah, iklan dan sebagainya untuk menarik kita sekalipun.

1-Menyemak dahulu status syarikat itu di SSM.Jika yang berstatus SDN BHD, tidak dibenarkan oleh kerajaan untuk mengutip modal daripada orang awam.Yang dibenarkan untuk mengutip modal sebagai pelaburan hanyalah syarikat yang berstatus BERHAD.

2-Menjanjikan pulangan yang sama setiap bulan.Contohnya jika tanam RM1000 akan dapat RM300 setiap bulan.Tidak ada mana-mana perniagaan yang boleh menjamin kadar untung mereka sekata sahaja sepanjang bulan.Mesti ada pasang dan surut perolehan pendapatan syarikat.Di tambah pula mendapat keuntungan secara tetap setiap bulan adalah riba dan sudah diketahui RIBA itu HARAM di sisi Islam.


3.Perolehan pendapatan adalah melalui cara merekrut ahli baru dan bukannya dengan hasil jualan barang.Ini adalah skim cepat kaya yang berlindung di bawah skim multi level.Barang yang dijual tidak berkualiti dan mahal.Yang diperlukan hanyalah yuran ahli yang baru sehingga nak jadi ahli perlu bayar beribu-ribu.Contohnya Lamp Burger yang dah pun berkubur.Nak jadi ahli kena bayar RM1500.Nak beli pangkat Baron kena bayar RM10000 dan nak beli Count kena bayar RM40 000.Berapa ramai orang Melayu yang buat pinjaman bank nak masuk benda ni dan alih-alih yang kayanya korang tau sendiri la.Tauke dia siap boleh beli hartanah di Hong Kong lagi dan menetap di sana.Yang tinggal kat Malaysia adalah Melayu yang gigit jari pasal rugi.Melayu yang nak cepat kaya dan suka menipu kaum sendiri.

4.Kita didekati oleh si penipu dengan ayat-ayat yang manis seperti "aku tak suka tengok kawan aku susah, ni aku mai nak tolong hang ja","kalau Melayu tak tolong Melayu sapa lagi nak tolong hang kalau bukan aku".Kita juga di beri brainwash dengan menunjukkan duit dalam akaun,si penipu pakai kereta mewah,si penipu bergaya dengan pakaian mewah dan sebagainya.Perlu diingati si penipu telah melalui banyak trainning untuk menipu dan dia pakar dalam bermain dengan psikologi kita bila melibatkan soal wang.

5.Keluarnya ayat-ayat ini dari si penipu seperti "Kita kena amalkan 5D Duduk Diam Diam Dapat Duit", "Wang bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan wang".

6.Jangan senang-senang serahkan duit jika tak faham tentang sesuatu perkara.Ini boleh diaplikasikan kepada semua bidang.Jangan main saham kalau tak tau apa itu saham.Jangan melabur dalam hartanah kalau tak de ilmu pasal hartanah.Jangan main nombor ekor kalau tak tahu teori kebarangkalian dan jangan masuk skim cepat kaya kalau tak tahu macam mana syarikat ini beroperasi untuk membayar duit kepada ahlinya.Pendek kata duduk diam-diam kalau tak reti.Duit itu simpan dulu sampai kita yakin boleh laburkan kepada pelaburan yang kita tahu dan faham apa yang kita buat.

"JANGAN SUKA-SUKA LABURKAN DUIT KEPADA PERKARA YANG KITA TIADA ILMU TENTANGNYA"


No comments:

Post a Comment