Assalamualaikum sahabat semua,
Pada kali ini saya ingin bercerita tentang tanah tua saya yang masih lagi terbiar tanpa diusahakan.Sebenarnya, saya masih lagi teragak-agak untuk mengusahakannya kerana kekurangan modal. Saya juga sebenarnya mempunyai 2 cara untuk mendapatkan modal.Sebelum itu kita analisis dahulu modal yang diperlukan untuk mengusahakannya.
1-Upah korek longkang dan batas (anggaran 3 hari siap) = RM 370 x 3 hari
= RM1110
2-Modal anak benih (160 pokok) = RM12 x 160
= RM1920
3-Modal baja pengalak akar (3 guni 50kg) = RM 50 x 3
= RM150
4-Modal untuk upah tanam,korek lubang,lori hantar benih = RM500
Total = RM3680
Cara-cara untuk mendapatkan modal
1- Hasil daripada rumah sewa RM280/bulan = RM3680/RM280
= lebih kurang 13 bulan
2- Buat pinjaman bank dengan interest 8% = (RM5000 x 8% x 5tahun) + RM5000
= RM2000 + RM5000
= RM7000/5 tahun/12 bulan
= RM 117
Apa yang boleh saya katakan, jika saya membuat personal loan saya telah pun menambah komitmen bulanan saya sebanyak RM117 sebulan dan jika saya mahu menggunakan duit hasil rumah sewa saya perlu menunggu selama 13 bulan.13 bulan adalah satu tempoh yang boleh dikatakan agak lama untuk mengumpul duit.Bagaimanapun cuba kita analisis hasil pengeluaran sawit pula untuk menentukan kaedah mana yang paling berkesan.
Hasil sawit pada tahun ke 4 dan ke 5 = RM 600 x 1 tan
= RM 600 sebulan x 24 bulan
= RM14 400
Hasil sawit pada tahun ke 6 dan seterusnya 15 tahun = RM600 x 3 tan (1 relong = 1 tan)
Cuba ingat balik posting saya berkenaan bad debt dan good debt.Sebenarnya jika saya membuat personal loan ia adalah good debt sebab saya hanya bayar kepada bank RM 7000 selama 5 tahun sedangkan saya akan dapat mengutip hasil RM 14 400 selama 2 tahun sahaja.Jadi kaedah yang terbaik untuk mendapatkan modal adalah dengan membuat personal loan dari bank.
HAHA....poyo jek...
No comments:
Post a Comment