Assalamualaikum sahabat semua,
Pada kali ini saya akan bercerita tentang konsep-konsep yang boleh kita gunakan dalam perniagaan yang melibatkan hartanah.
Konsep Beli dan Jual.
Konsep beli dan jual adalah satu konsep yang banyak digunakan oleh pelabur hartanah untuk mendapatkan untung segera dalam masa yang singkat.Antara contoh yang boleh kita ikuti adalah
1-Membeli rumah dengan harga lelong (harga rumah yang lebih rendah dari harga semasa) dan menjualnya dengan harga semasa.Contohnya sebuah Kondominium Permata di Bandar Perda mempunyai harga semasa sebanyak RM130k dan harga lelong yang ditawarkan adalah RM85k.Membeli dengan harga RM85k dan menjual dengan harga RM130k membuatkan kita telah mendapat untung sebanyak RM45k dalam masa beberapa bulan sahaja (area PERDA adalah hot area di kawasan Penang).Walaupun kerajaan telah mengenakan tax kepada penjual yang menjual rumah kurang daripada 2 tahun tetapi tax yang dikenakan adalah sangat sedikit berbanding keuntungan yang kita dapat.
2-Membeli rumah sewaktu rumah itu masih dalam proses pembinaan dan menjualnya sewaktu rumah itu telah siap.Contohnya pada beberapa tahun yang lepas kita perlu untuk membayar deposit 10% untuk membeli rumah yang masih belum dibina.Pembinaan rumah itu memerlukan masa dari setahun hingga 2 tahun untuk siap.Selepas 2 tahun kita boleh menjualnya dengan harga semasa yang lebih tinggi daripada harga asal kita membelinya.Tetapi pada masa sekarang kita hanya boleh membeli rumah yang telah siap untuk melindungi pengguna akibat kejadian projek terbengkalai.Satu tips yang berguna kepada pembeli rumah baharu jangan sesekali membeli rumah pada fasa kedua kerana rumah fasa kedua lebih mahal daripada fasa 1 walaupun mempunyai spek yang sama.
3-Membeli tanah daripada mereka yang terdesak untuk menjual dan menjual semula.Sebenarnya dalam masyarakat Melayu ada ketikanya orang kita terdesak nak menjual tanah kerana mahu menunaikan Haji, pembahagian harta pusaka, kalah judi, sengketa adik beradik dan sebagainya.Mereka yang terdesak untuk mendapatkan duit akan menjualnya dengan harga yang rendah.Jadi pelabur yang mempunyai duit ini akan membelinya dan menjualnya kembali kepada orang lain dengan harga yang lebih tinggi ataupun harga semasa.
Konsep Beli, Upgrade dan Jual
1-Sebenarnya terdapat banyak rumah lelong yang dijual murah kerana telah pun rosak akibat terbiar ataupun dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.Apabila kita mendapati rumah yang sebegini sewaktu melakukan lawatan tapak, kita boleh meminta nasihat kontraktor untuk menilai kos membaikpulih rumah tersebut.Contohnya harga semasa rumah RM80k.Harga lelong RM40k dan kos membaik pulih adalah RM20k.Jadi kita boleh membelinya dan membaikpulihnya sebelum kita menjualnya.Kita telah membuat untung sebanyak RM20k sewaktu menjualnya.
2-Membeli tanah kosong ataupun terbiar yang berstatus pertanian kemudian menjualnya dengan menanam tanaman seperti getah dan kelapa sawit.Harga semasa untuk tanah kosong di Kedah adalah dalam lingkungan RM10k per relong hingga RM16k per relong.Tetapi harga semasa untuk tanah yang mempunyai tanaman getah adalah RM25k hingga RM30k per relong manakala tanah yang mempunyai tanaman sawit adalah RM30k hingga RM40k per relong.Jadi apa yang boleh kita lakukan adalah dengan membeli tanah kosong kemudian menanam kelapa sawit ataupun getah kemudiannya menjualnya untuk mendapatkan keuntungan.
Konsep Beli, Simpan dan Jual
1-Konsep ini kita boleh gunakan untuk pelaburan emas.Kita membelinya dengan harga semasa kemudian menyimpannya dan menjualnya apabila harganya telah naik melebihi harga kita membelinya.Contohnya ibu saya membeli emas pada tahun 1990 dengan harga RM3k dan menyimpannya selama 10 tahun.Harga semasa pada tahun 2000 adalah RM15k untuk emas tersebut.
2-Kawan saya yang bernama Amin juga turut menggunakan konsep ini dalam perniagaan lembunya.Amin telah membeli 20 ekor lembu dari Burma dengan harga seekor RM2k.Lembu ini diimport dengan menggunakan treller.Dia membeli lembu yang umurnya dalam lingkungan 1 tahun setengah pada bulan Januari.Kemudian dia mengupah seorang pakcik di kampungnya untuk membela dan menjaga lembu tersebut.Apabila tiba sahaja Hari Raya Haji, lembu-lembu ini dapat dijual dengan harga RM3k seekor dan hasil jualan dibahagi 2 antara dia dan pakcik tu.Jadi kos dia membeli lembu adalah RM40k, simpan selama 11bulan dan menjual dengan harga RM60k.Untuk dia untung bersih RM10k dan kepada pakcik RM10k.
3-Konsep ini juga boleh digunakan kalau kita membeli rumah dan tanah.
Konsep Beli, Simpan dan Dapatkan Pasif Income
1-Konsep inilah yang sekarang saya gunakan dalam pembelian rumah sewa saya iaitu membeli rumah kos rendah kemudian menyewanya.Hasil sewa yang saya terima tiap-tiap bulan adalah pasif income kepada saya.Rumah ini juga saya akan simpan sampai clear hutangnya di bank.Bukan saya yang membayar rumah ini kepada bank tetapi penyewa saya lah yang tolong membayarkannya untuk saya.
2-Kita juga boleh menggunakan konsep ini dalam pembelian tanah.Beli tanah kemudian menanam tanaman seperti sawit atau getah kemudian memajak tanaman kita.Hasil pajakan yang kita terima setiap bulan adalah pasif income kepada kita.
Rasanya saya telah pun bercerita secara panjang lebar dan menggunakan contoh yang sesuai untuk pemahaman sahabat semua.Tak kesahlah sahabat semua nak menggunakan konsep yang mana sekalipun asalkan ia membawa keuntungan kepada sahabat semua.Diharap sahabat semua mendapat percerahan dan boleh meniru konsep-konsep ini untuk kejayaan sahabat semua di dunia.Ilmu yang saya beri adalah free kepada sahabat semua cuma satu sahaja pesan saya
"Jika sahabat semua mendapat keuntungan, jangan lupa bayar zakat, bersedekah dan membuat amal kebajikan untuk saham di akhirat.Jangan kita hanyut dengan permainan duniawi sehingga melupakan hidup yang kekal abadi di sana nanti"
Wassalam
No comments:
Post a Comment