Saturday 8 February 2020

Pengalaman memancing sewaktu kecil di kampung

Assalamualaikum sahabat semua,

Sebenarnya,hobi memancing ni bukanlah satu benda baru bagi aku.Seingat aku, aku dah mula start mancing ni sewaktu sekolah rendah lagi dengan mengikut kawanku shakawi ke batas ban dan bendang di Kampung Batu Menunggul Pendang untuk memancing,serkap,sauk ikan.Waktu tu bila air kering saja dalam sawah memang berlambak ikan yang tengah tunggu kita untuk serkap dan tangkap.Kalau tak dengan shakawi pun,aku akan ke tali air atau sungai dengan arwah tokwan untuk tolong dia menjala ikan atau turun dalam sungai mengutip kacang tanduk.Sekarang ni kacang tanduk pun dah payah nak jumpa dah.Rupa kacang tanduk tu macam gambar kat bawah.


Pada waktu tu,aku hanya memancing dengan menggunakan buluh atau batang bemban sahaja sebagai joran.Orang Kedah panggil boq kail.Antara ikan yang aku pancing semestinya ikan sungai seperti puyu,sepat,keli,haruan,selat dan ikan yang paling orang tak suka ikan temekung.Ikan ni kalau dapat memang pakat sumpah pasal takde sapa yang nak ambik makan.Haha.Kira ikan ni macam ikan belukang la kalau kat laut.Bila dapat saja orang akan buang sahaja termasuk aku.Masalahnya bila mancing kerap la pulak dapat ikan temekung ni.

Umpan pula pada waktu tu cukup senang sahaja.Cari keliling tu saja.Kalau nak cari cacing boleh saja korek kat air acaq atau air limbahan.Berlambak kat situ.Pi tolak dahan pokok mati pun berlambak cacing menyorok bawah tu. Belalang boleh tangkap sahaja dengan tangan dekat batang lalang yang banyak ada kat tali air atau batang padi.Kalau nak guna cengkerik kena beli la pulak.Lagi satu umpan yang best adalah telur kerengga.Nak ambik memang seksa kena ketit dulu la dengan kerengga tu.Habis tak dak umpan boleh saja bancuh tepung gandum bersama kunyit,santan dan belacan.Bancuhan tu uli bagi jadi ketul-ketul dan lekatkan kat mata kail.Seronoknya mancing pada zaman dahulu.

Antara pantang larang yang cukup budak-budak sebaya kami dok praktik dulu adalah boq kail tak boleh langkah.Kalau langkah kira sue la atau sial.Sebelum mancing tak boleh makan kononnya kalau tak makan maksudnya kita keluar mancing nak jadikan ikan pancing sebagai rezeki pagi tu la.Kalau dah makan, rezeki dah ada jadi tak dapat la ikan pasal dah kenyang.Lepas tu semasa mancing tak boleh bercakap atau buat bising.Satgi ikan dengar dan lari.Yang paling best semasa letak umpan kat mata kail aku akan baca bismillahi rahmanirrahim pastu akan ludah kat umpan.Mungkin sebagai syarat salut umpan dengan kalimah bismillah la kot.Ni semua petua orang tua-tua dulu yang pesan dan kami masa budak-budak hanya mengikut sahaja.

Ikan pula bila dapat bukannya terus masak tapi akan dikurung dulu dalam tempayan.Pastu kena tutup mulut tempayan dengan papan dan letak lesung batu atas dia.Buat macam tu supaya ikan tak lompat keluar dari tempayan.Memang sedih la kalau lupa tutup esok tengok ikan mati tergolek luar tempayan.Bila nak makan buat gulai atau pekasam barulah tangkap,ketuk kepala bagi mati kemudian siang.Pastu kena lumur dengan asam belimbing buluh dan daunnya untuk buang hanyir.Guna daun serai boleh,guna garam kasar dengan asam jawa boleh,guna buah belimbing yang jatuh masak dari pokok pun boleh.Guna asam nipis atau limau purut pun boleh asalkan hilang hanyir dan bau.Kemudian barulah dimasak gulai,jeruk atau goreng panas-panas.Makan pulak dengan nasi panas-panas memang sedaplah.

Tapi sekarang ramai yang dah malas nak masak ikan darat ni.Perempuan sekarang suruh bersiang ikan darat pun dah tak reti apatah lagi nak masak dan makan.Dah banyak orang Melayu sekarang hanya makan ikan laut sahaja.Jadi tinggallah ikan darat ni kat puak Bangla,Myanmar dan Vietnam yang makan.Depa la pulak sekarang ni rajin turun menjala dan pasang pukat ambik ikan darat kat sungai dan tali air.

Kenangan makan nasi panas bersama gulai ikan darat yang arwah tok aku buat di atas perenggaq di tepi sawah memang satu pengalaman yang sentiasa akan segar dalam ingatan aku.Walaupun dunia telah semakin moden,tapi kenangan masa dulu tetap adalah kenangan paling terindah dalam hidupku.Semoga mereka yang telah pergi dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.Amin.

Wassalam.

7 comments:

  1. Apa ayat orng dulu pakai kira boq kail nk thu ong ka x

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak la petua dia...ada kena kerat boq pakai ukuran badan...tapi sekarang ni banyak pakai ayat Al quran jela...wama romata izz romai tawala kinnallah haroma...baca masa nak baling umpan...

      Delete
  2. memang betul yg tuan cakap..ramai sekarang ni hanya makan ikan laut sahaja...mungkin sebab dah terbiasa

    ReplyDelete